Click this

Monday, May 28, 2012

Randomly post.


Assalamualaikum.

Ya Allah, entah kenapa takde hati langsung nak study dan siapkan semua kerja yang menunggu. Habis je 1 Citizen tadi, terus layan Medic Story sampai maghrib. Sekarang, telinga ditutup rapat dengan earphone gedabak, lagu yang macam macam jenis genre main tanpa henti. Dari korea, ke mandarin, inggris, hindustan, jepun, sampai la ke lagu melayu semua aku dengar. Tangan dari tadi pegang mouse, mata tak henti memandang screen laptop, kertas kajang putih bersih satu penyelesaian pun tak ada. 


Jadi selalunya, bila otak kata tension, hati kata 'JOM KELUAR!" Hampas punya hati.


Tiga soalan module kimia pun aku tak mampu buat. Molydenum crystallizes, face-centered cubic unit cell tu semua pertama kali aku dengar. Soalan apa ni. Aku google. Otak tak dapat cerna. Sungguhlah, bila aku kata tidak, hati pun tak mahu, cubalah macam mana sekalipun apa pun tak jadi. Otak melayang dengan muzik punk, bergegar dengan muzik rock. Apa nak jadi dengan kau. Esok jangan skip kelas lagi. Makin lama makin teruk. 



Biarlah kawan yang jadi perangsang.


Tadi baca status kawan dekat facebook, dia cakap kalau dia ada anak dia tak nak galakkan anak dia ambil sains tulen so that anak dia tak rasa macam apa yang dia rasa. Rasa macam apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa memang untuk apa yang aku rasa. Senang cerita padan muka aku. Biar aku tau rasa. Tapi belajar tu kan ibadah. Tak boleh benci. Kalau masa matriks dulu boleh je study consistent, kenapa sekarang tak. Argghhh. Fikir sekarang pun takde guna. Mata mintak tutup. Otak kata penat, konon penat 2 hari pergi 1 Citizen ambil exam bagai. Kerja satu pun tak siap.



2012 must be better than last year and last year and last year. Cross fingers.


Buang masa lagi tadi, kan takde mood nak study buat assignment. Buka folder Canon 550D. Bila ingatingat balik, semester ni kerapnyalah berjalan. Sewa kereta, vroom sana vroom sini. Belajar pulak vroom entah kemana. Kamon lah! This is the last week untuk lecture. Takkan nak berada di takuk yang lama kan. Tapi indahnya jadi student. Sebab apa yang pahit tu lah nanti akan buat kita tersenyum satu hari nanti. Nyummm. Sedapnya Nando's!


Gambar Nando's tapi lidah nak rasa Johnnys. :(


Macam Scha Alyahya. Pahit yang dulu, sekarang kan dah dapat yang sweet macam Awal.


Gambar memang takde kena mengena dengan post, sebab nilah gamba yang direview masa buang masa tadi. :P



Muhasabah diri lah wahai diri sendiri. Final exam dah hampir. Minggu depan ada lab test dan last presentation. Kasihanlah ibu bapa yang berada dirumah yang mungkin sekarang membayangkan anaknya sedang berkerut dahi menjawab soalan tutor walhal perkara yang sebaliknya berlaku. Fikirkanlah duit yang kerajaan bagi tu bukan untuk kau joli dan bersuka ria dan hari hari update blog cakap kau takde mood nak belajar. Malunya. 


Location: Nando's Alamanda Putrajaya
Sponsorship: 2012 Calendar by Earth Hour Organizer

Saturday, May 26, 2012

While in One Citizen class.

Assalamualaikum

Currently at Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. I am bored even though this is a leisure class, I think. Listening and watching videos. Surf the internet and I am blogging right now! Kelas yang katanya wajib to all university student. Aku attend. Oke, e-literate module to continue. See ya!

Thursday, May 24, 2012

Madness bring you this.

Tekak sakit. Serve me right. Aku jerit satu floor bagi satu floor tahu. Tak puas hati dengan seorang, semua orang punya telinga jadi mangsa. Well, aku ingat dia tak dengar or pretend tak dengar. But then naik pulak status dekat FB. Sesuai lah dengan sikap kanakkanak, papehal up status dekat FB. Sorry, aku tak layan facebook. Just so you know, benda ni pun aku tahu dari orang. No time for facebook la beb untuk orang yang busy.

Well, ada pulak masa nak update status dekat facebook. Kata banyak sangat assignment nak hantar minggu depan. Tiga weyh assignment dia. Banyak. Course susah pulak tu kan. Amik Sains Perhutanan kan susah. Susah weyh, sebab kalau nak amik course ni lepasan matriks kena dapat 4.00. Kan? Eyh. Dia kan lepasan Diploma. Lagi susah sebab banyak subject dia drop bila masuk degree. Pergh susah sangat!

Memang tak tanding dengan aku. Aku amik Biology je. Bukan Perhutanan. Bukan amik Medic. Bio je pun. Setakat pasal belajar tentang tumbuh-tumbuhan, haiwan, petik jari je lah. Study last minit je. Assignment lagi lah takde. Budak Bio mana ade assignment. Lecturer tak bagi lah assignment. 100% on final paper. Perhutanan yang belajar pasal pokok tu banyak weyh assignment dorang. Ada field trip lagi. BUSY!


That is what madness brings me.


Jadi, itu hasil tulisan hati yang tengah membara. The truth inside. Sarcasm. Everything yang negative semua aku spill. Sekarang, sebagai seorang yang waras lemme tell you something. Bukan kau sorang je yang busy. Everyone in this floor busy. The third year busy dengan Final year project for next semester. Aku busy jadi budak biology. Roomate aku busy jadi budak Maths, dengan Bakti Siswa. What makes you so special then?

Now, want me to compare your 3 assignment dengan mine?  






That is mine. My work for 2 weeks. Sebelum kita semua melangkah ke alam hibernating. Hibernate sebab study week kan. More than 10 dear. More than 10! This is what I remember lah. Tak tahulah kalau ade penambahan sebab sometimes terlepas pandang. Dan uruskan budak floor yang bermasalah. Lagi satu kerja. Fiuhh.


Want me to compare more? I am your senior eventhough you are much older than me. As a first year, work load kau tak sama dengan work load aku. Kau belajar pasal hutan. Majorly in HUTAN. But me, hutan belajar, pokok belajar,animal belajar. Animals are difficult! Damn difficult dear. Too much things. Physiology dia lagilah. Aku kena amek 3 subjek Chemistry. Subjek Physics lagi. What makes you so special then?