Assalamualaikum.
Kesinambungan post sebelumnya.
Walaupun aku bukan 'library-kids-study-like-hell' punya orang, preparation aku untuk pergi study dekat library boleh tahan jugak lah. Mungkin sebab aku pernah gagal stay dekat library for more than 2 hours masa second year dulu, jadi aku dah siap mental and physical preparation untuk study dekat library for this time being. I know I know, macam too much pulak. Tapi hasilnya, aku puas.
Selain daripada lecture notes, books dan stationary banyak lagi barang lain yang aku bawak. Stabilo colour pen tu wajib sebab aku kalau buat nota wajib cantik cantik kalau tak, tak nak pandang. Sebab Biologi ni banyak yang nak kena faham dan hafal, maka nota yang cantik dan berwarna warni tu adalah harus! Makanan, jangan tertipu. Selain daripada skittles, aku ada bawak roti sebenarnya. Kalau boleh aku nak bawak nasi lemak, nasi goreng, karipap. Tapi takut nanti orang ingat library tu cafe pulak, jadi aku batalkan niat dan bawak sweets dan roti sahaja.
Paling penting aku bawak air Ipoh white coffee aku sebab aku takut aku mengantuk dalam library yang sejuk tu. Aku malas nak keluar library dan pergi vending machine luar library beli cappuccino ke latte ke harga RM 1 dan lepastu masuk dan study balik. Aku malas bergerak. Kalau aku cakap aku malas bergerak maksudnya memang aku pilih meja yang dekat dengan toilet dan water dispenser. Hahaha. Memang pun aku malas bergerak. Walau pun ada water dispenser, aku bawak jugak air masak aku sendiri. Sebab aku malas nak guna cup kertas yang kecik tu untuk minum. Dahaga je kena bangun. Malas.
Cuaca library yang terlampau kondusif ni buat aku terfikir untuk bawak macam macam jenis barang sebenarnya. Penting. Penting bawak lotion sebab tangan aku jenis kering lagilagi dalam suhu antartika tu. Vaseline pulak untuk bibir yang kering dan kalau duduk lama lama dalam library, muka pucat pun tak best jugak. Jadi lipbalm pun kena bawak jugak, tak nak bergantung harap dekat colourless vaseline. Bawak semua yang kecik kecik dan sumbat dalam pocket handbag. Both lotion and lipbalm from Etude House yang awesome.
Pocket belakang letak segala jenis tissue, wet tissue dan blotting tissue. Wet tissue ni sesuai sangat untuk orang malas macam aku, makan rajin, basuh tangan malas jadi guna je lah wet tissue. Bukan makan nasi berlaukkan sambal tumis udang pun. Haha! Walaupun sejuk, muka aku ni boleh tahan jugak berminyak nya. Jadi blotting tissue tu kena lah selalu ada. Pakai stocking dan bawak sweater kalau tak nak mati kesejukan dalam library. Amaran keras! Kalau boleh aku nak bawak bantal dengan selimut sekali. Last but not least, wajib kena bawak earphone, headphone atau apa jelah yang boleh buat dengar lagu tanpa menggangu persekitaran. Aku jenis study sejam dua jam lepastu kena stop sekejap, dengar lagu ke apa ke. Tabiat aku masa study ni pulak lagu dalam playlist biasanya lagu yang agak punk rock, heavy metal semua tu.
Masa macam ni la aku layan Butterfingers balik, AC/DC, Coldplay, Embrace, Kings of Leon, Madcon, Avenged Sevenfold, Crossfade, Eagles, Green Day, Hinder, Iron Maiden, Linkin Park, MCR, Nirvana, Radiohead, SOAD, Snow Patrol, Staind, Sum 41, The Beatles, The Rasmus, The Red Jumpsuit Apparatus, The Strokes, dan Three Days Grace. Tak tau lah tekanan perasaan ke apa entah. Ada jugak aku letak lawak ke der dan, concerts, certain variety show korea dalam handphone buat gelak sikit sikit masa makan roti. Laptop diharamkan masa study harap maklum. Jangan lupa, sebelum mula study, baca doa dulu. :)
No comments:
Post a Comment