Click this

Saturday, June 8, 2013

Le study week

Assalamualaikum

Aha! The study week. 

Aku ni bukan orang yang rajin menjejakkan kaki ke library bila nak exam. Pasrah je duduk dalam bilik kalau mood study tu tak datang. Berkali kali seru sampai tahu tahu dah tersembam atas katil melayari mimpi ngeri sebab tak habis study. Real story tell ya! Dulu dulu masa belajar dekat matriks, library tu boleh kata rumah kedua untuk aku lah jugak. Kawan kawan matriks aku selalu ajak study group. Study group dekat matriks ni kadang kadang boleh ajak satu kelas tahu tak? Sebab apa, sebab semua orang memang nak belajar. Tak ada siapa pun bukak topik luar alam. Kalau discussion room dekat libary penuh, semua bergerak pergi bilik tutorial. Masing masing pergi depan ajar mana yang paham. Rinduuuu.

Dan itu lah study group terakhir aku yang paling berjaya. Masuk universiti pulak, lain ceritanya. Kalau ada tiga empat orang dalam kumpulan study group tu, cerita dia kalah sepuluh orang punya cerita. Semua nak berkongsi cerita sana sini. Hahahah! Sebab itu aku dah lama tak join study group. Library. Sepanjang 3 tahun dekat UPM, boleh kira la tak lebih dari 15 kali aku pergi library. Kalau betul betul terdesak je baru pergi library pinjam buku. Pulang buku pulak, tak payah masuk library sebab ada machine pulang buku dekat luar library. Sumbat je dalam ruang machine tu, tunggu resit keluar. Sukaaa.



Second year dulu, aku pernah cuba study dekat library dengan Rara. Tapi aku masuk Blok A sebab nak pinjam buku ke apa entah. End up, mata aku asyik tengok orang kehulu kehilir. Study aku entah kemana. Tadi, aku buat cubaan kedua pergi study dekat library sebab aku punya study dah betul betul kelaut kalau stay dalam bilik. Walaupun malam semalam aku tidur pukul 4 pagi sebab kena caffeine attack lepak dekat starbucks pukul 11 malam semalam, aku gigih jugak bangun pagi untuk study dekat library. Aku sampai dekat library pukul 9 pagi dan aku tak pergi Blok A, aku pergi Blok B memang khusus untuk study. Dan aku berjaya stay sampai pukul  2.30 petang. Awesome! If and only library tu tak macam benua antartika sejuk dia, aku pasti boleh stay situ sampai malam. Give a pat on my back ladies and gentleman. Ha-Ha-Ha!

No comments: