Click this

Saturday, October 20, 2012

Beijing - Day 2

Assalamualaikum

Hai korangkorang semua apa khabar. Aku sihat dan alhamdulillah masih belum terlupa untuk menulis blog garagara dua minggu yang cabarannya masyaAllah maha dasyat. Mungkin korang pun mengalami perkara yang sama eh? Assignments kena hantar, tak sempat study untuk test satu, meetings and other stuff yang  buat hidup korang warnawarni. Aku pun. 


Hotel Jin Hui four star.

Queen bed.

Cozy





Jadi berkenaan dengan hari kedua di Beijing, aku sambung cerita di post kedua ini. Moga dihari tua nanti, kenangan ni masih lagi boleh aku recall kalau lah aku tak delete blog ni kan. Hehe. Okay proceed. Berkenaan dengan hotel, alhamdulillah aku puas hati. Cuma, sampai saja dekat hotel kitorang tak tahu pula yang aircond dekat sana auto ikut suhu luar. Jadi nak turunkan suhu tak boleh. Cousin aku angkat ganggang telefon dan call receptionist, malangnya receptionist tak tau cakap english pulak. Belum sempat aku nak cakap, dah putus talian.


Tibatiba datang petugas hotel yang handsome nak check bilik. And again this boy pun tak boleh converse English. So me with a very limited mandarin try jugak la explain dekat dia. Sungguh la broken and I was hoping that he will understand me sebab pronounciation dekat China ni lain siket dari Malaysia. It was a very interesting moment actually bila diingat balik. First day dah kena cakap mandarin. Ahahaha. Ouh then, paginya dah nak start trip. Kiranya aku gagahkan diri jugak untuk bangun awal pagi walaupun sampai saja di hotel pukul 3 pagi dan selepas subuh perjalanan around Beijing akan bermula. 


The streets infront of the hotel

Perbezaan waktu antara Beijing dan Malaysia tak ada bezanya. Sama saja, kalau di Malaysia pukul 5 pagi, di Beijing juga sama. Cuma waktu solatnya lebih awal di Beijing. Dan waktu dorang solat secara berjemaah lambat sedikit. Paginya kitorang semua naik coaster dan bertolak ke Summer Palace. Istana musim panas untuk maharaja zaman dulu. Kawasan dia mak ai memang besar dan sangat cantik. Yang bestnya Beijing ni bangunanbangunan dekat sini masih banyak yang berbentuk tradisional. Terpelihara. 


Entrance of Summer Palace
Boat for 40 RMB I think.

Tak silap aku tasik besar yang ada dalam kawasan summer palace ni adalah tasik buatan manusia. Cuaca dekat sini panas tapi sejuk. Kalau berdiri dibawah cahaya matahari, korang rasa panas tapi bila berlindung pulak rasa sejuk. Cuaca dia kering dan cepat rasa dehydrate jadi sangat lah disarankan untuk bawak air minuman. Antara aktiviti yang ada dekat kawasan ni adalah tarian ape benda tah, ada kedaikedai jual souvenir dan tempat untuk cuba pakaian maharaja dengan bayaran yang berpatutan kot aku rasa. Cuma dekat sini lebih kepada sightseeing lah and it was a very nice place. 


Breezy breezy morning at Summer Place.
Man-made
The 'tarian ape benda tah' I mentioned earlier.
Just love the old erchitecture!!!!

The streets. 
This is unique. I don't know what is this for actually.
Sun shining brightly!
Tourists from all over the world.

Next destination adalah tempat mengurut kaki secara percuma. Tempat ni boleh dikatakan famous lah jugak sebab ramai presiden dari negaranegara lain ada datang sini termasuklah Tun Dr. Mahathir sendiri. Jadi, satu kumpulan akan dimasukkan kedalam satu bilik dan akan diberikan talk berkenaan dengan kesihatan. Masa time aku tu orang cina Indonesia yang bagi penerangan. Selesai je talk, datang la pengurutpengurut dorang. Untuk orang dewasa dorang dapat yang macam pengurut terlatih kot. 


Tapi untuk kitorang, dapat budak lelaki cina terus kitorang turun kaki geleng geleng kepala. Aku pulak kaget sampai tak dapat generate otak untuk susun ayat mandarin untuk bina ayat yang simple macam ni 'kami nak perempuan yang urut' sebab terkejut sangat. Lastlast mungkin dorang paham, barulah masuk bebudak perempuan ganti untuk urut kaki kitorang. Dalam masa urut tu, terajin lah pulak kitorang bersembang dengan budakbudak ni. They were around 16-21 years old lah jugak. And yes, aku guna mandarin untuk bersembang dengan dorang. They asked me many things macam kenapa pakai tudung, umur berapa boleh kahwin dan artis Malaysia datang cina sape nama die. It was hard actually nak explain dalam bahasa mandarin tapi alhamdulillah I did it. Hei! It was cool tahu. :)


Entrance of Foot Massage place. Asked one of the local to take this photo. 
Yang sit beside me tu cakap fully mandarin dengan aku and she is 18, the one yang urut my kaki.

But here's come the worst part of this place. They will trying so hard untuk persuade korang beli ubat ubat dekat situ. So, dorang akan cakap la badan kau penuh toksik lah itu ini lah dan paksa korang beli ubat yang mahalmahal. Yes PAKSA okay. Believe me, kalau tak nak beli then tak payah. Lantak kan saja dorang tu. Peduli lah dia nak buat muka ke apa ke. Yes dia buat muka dan marah, but who's care. Itu duit kita, jangan terpedaya. Konsep dekat china memang macam ni, datang dengar talk dan kena beli. 

Next destination di petangnya pulak selepas menunaikan solat dan lunch, adalah tempat membuat kain sutera. Rasanya ni the only tempat kain sutera tour guide akan bawak, so beli lah dekat sini. Believe me, kalau duit aku banyak atau datang dengan parents memang aku akan beli kain cadar sutera buat tidur. Sejuk, sedap ahh cukup rasalah. Tak menyesal kalau beli rasanya. Aku dekat sini beli kain sutera untuk mak jelah sebab aku tak berapa nak heran sangat baju kurung sutera ni. Ahahaha. Harga dia insyAllah boleh runding dapat murah. 


Some quick explanation pasal sutera.

Cakap pasal makan dekat Beijing alhamdulillah senang nak dapat makanan halal. Biasanya, kalau sign retaurant tu warna hiijau dia halal. Tu apa yang aku perhati lah. Tapi dia takdelah banyak. Untuk menu, susah sikit nak cakap sebab makanan dia variety sangat tapi menggunakan konsep yang sama. Mungkin kalau orang Malaysia menu yang macam tu lah dia bagi. Same and rotating but variety. Ada okay ada tak. Ada yang loya tekak sebab same je harihari. Ada yang sedap ada yang herba dia pelik, tak jumpa dekat Malaysia.

Pokoknya untuk aku, aku memang jenis yang tak kisah dan suka try new thing so makanan tu untuk aku no problem janji kenyang. Tapi untuk yang cerewet pasal makanan dan jenis yang tak suka mencuba, I am so sure dia tak boleh suvive dekat sini. Ahahaha! Ikan susah nak dapat sebab jauh dari laut, so yang ada itik dan ayam. Sayur wajib dan banyak. Sayur kubis harihari. Telur dadar wajib. Hurmmm. Tu lah. Mampu kau nak hadap hari hari macam tu? 


One of the restaurant kitorang pergi.

Ini kawasan masjid. Beautiful!!

Macam panjang pulak aku taip pasal hari kedua ni. Ahahahah. Better to stop now sebab mengantuk sangat! Nanti sambung hari ketiga mungkin lagi panjang. Who knows. Jarangjarang update blog tapi sekali update hamek kau berapa panjang da post! Oke bye everybody! See yaaa!


 dw

Tips #2: Weather

Memandangkan cuaca dekat Beijing ni kering, dinasihatkan untuk sentiasa bawak vaseline supaya bibir tak kering. Percayalah, pakcik group aku pun pakai lipbalm sebab bibir kering. Kalau mandi pulak better sehari sekali je sabun. Kalau tak jadi macam aku, kulit mengelupas walaupun baru autumn, belum masuk winter. Air mineral bawak selalu nanti dehydrate. KERING sangat cuaca dia!

No comments: