Click this

Sunday, December 9, 2012

Beijing - Day 3


Assalamualaikum

OMG rindu giler oke dekat blog tapi nak buat macam mana kan sebab sekarang ni ada teknologi yang lebih mudah pantas mobile serta simple so lebih banyak update twitter dan instagram dan dengan senang lenangnya telah melupakan blog. Lepastu biasalah kalau student, ayat typical dia mestilah busy dengan life university yang hectic padahal tak pandai nak manage masa. Dan masih lagi dengan typical intro, kalau perasan lah every post mesti intro dia cakap pasal benda yang sama. Ahahah!

Okay, back to the business.
So what is it all about here in day 3? Basically hari ketiga kitorang dipaksa berjalan ke semua tempat tempat penting dekat Beijing. Kalau cakap pasal Beijing dalam kepala otak kita biasanya ada satu tempat je yang paling diminati semua orang iaitu Great Wall of China kan. Ha, memang famous tempat ni sebab this place is one of the 7 wonders of the world. Lepas tu tempat ni masuk running man pulak kan, eh perlu aku mention. Nevermind, yang penting kitorang semua memang excited nak pergi tembok besar ni hari ni.

Pakcik dalam kaca tu tengah demonstrate cara buat jade. Jangan tanya aku kenapa dia duduk dalam tempat kaca sebab aku pun tak tahu!

Museum and shopping in one place

Yes, ni adalah jade. Jangan kau ingat jade hanya boleh pakai di tangan sahaja. 

Kata si Eka, tour guide kitorang ni perjalanan hari ni jauh sikit, out of kota katanya. Kiranya keluar dari bandar lah tu. Dalam perjalanan kitorang pergi Tembok Besar ni, kitorang singgah dulu dekat tempat buat jade which is Bona Jade Museum. This place was huge! Tapi nasiblah aku ni bukan peminat jade, takdelah rambang mata bagai nak pilih jade. Aku jalan jalan cuci mata jelah sambil beli souvenir untuk orang kampung. Dah macammacam bentuk aku tengok jade ni, and usually dorang jual 3 jade 100 yuen. Murah tu u ols murah. 100 yuen is equal tu RM 50. Lepastu korang pandaipandai lah kira berapa harga satu jade tu. Tapi jade ni ada banyak jenis la, yang mahal tu high quality la of course. Tapi yang penting sini tak jual jade tipu tipu. Yang tipu tu dia ada letak chemical bagi hijau colour die, but then lelama chemical tu boleh diffuse dalam kulit kita and cause cancer. So, better be careful kalau beli jade dekat Malaysia tu.

Show how jade was made long time ago

Makcik Makcik sibuk pilih jade. Kids sibuk play around!

Beijing Bona Jade entrance

Sambil tunggu mokcikmokcik dan pokcikpokcik, kitorang beli goguma. Ahahaha. Goguma tu bahasa korea untuk Ubi keledek. Yummssss! Tak jauh beza la China dengan Korea ni pun sebenarnya.

Lepas pergi Bona Jade, next destination is tempat crystal pulak. Ahhh, sini memang lawalawa lah kristal dia seriously rasa nak beli. Tapi simpan duit nak shopping baju. Tahan nafsu tahu tak aku masa tu sebab aku rasa esokesok ada nak pergi tempat pearl lah entah apa lagi tempat jewelry dorang nak bawak. Well, macam biasa konsep store dekat sini, dorang buat demo bagai lah cerita pasal crystal dan paling menarik bagi aku masa kat sini adalah spec mata dorang diperbuat daripada crystal. Cermin dialah diperbuat daripada crystal, bukan bingkai ke apa. Interesting pun sebab cermin dia tak bercalar macam cermin biasa, siap dorang gerudi lagi cermin tu tahu? Impressive!

Suka suka try spec dorang yang kelakar ni. Tak up to date langsung pattern dia. LOL!

Emas+Crystal pun dorang ada jual. 

Makan tengah hari kali ni memang unik. Restoran dia ada tiga ke empat tingkat entah. Tingkat bawah sekali macam shopping complex pun ada, penuh tempat jualjual, tingkat atas tempat makan. Tapi dia punya style, dia asing asingkan ikut country. Malaysia tempat makan dia sebelah dengan Indonesia. Kau bayangkanlah bertapa besarnya tempat ni siap Eka ni warning lagi, kalau nak keluar, ikut laluan yang sama masa masuk sebab dia ada banyak exit nanti keluar kat memana tah. Nampak tak Beijing ni memang tempat tumpuan pelancong sebab tauke restoran ni siap boleh bukak restauran style macam ni lagi. Kaya tak kaya dorang ni. Lepastu paling best, dorang sediakan tempat solat dalam restoran ni. Tapi paling sadis sekali, air dia panas boleh melecur tahu. Satu kerja la pulak kitorang duk angkut air dekat singki yang sejuk campur dengan air dekat tempat wudhuk.


Yang ni aku amik gamba masa dekat ruang makan Indonesia, sebelah dengan ruang makan Malaysia.

Menu lunch dekat resoran besar bapak! Meja bulat pun besar macam makan besar  masa Tahun Baru Cina  pulak rasanya.

Next place ni paling excited sikit kalau nak cerita. Tapi sebelum sampai tu, dapat lah kitorang tengok lifestyle and scenery kampung dekat Beijing ni sebab biasanya nampak kota dia yang serba tinggi dan maju tu je. Kawasan tembok besar cina ni dekat luar kawasan kota dan kawasan dia berbukit kiranya dekat kawasan tinggi lah kan. Masa sampai tu, baru lah kitorang tau yang dia ada banyak stesyen. Kawasan dia besar giler semua dikelilingi dengan bukit yang ada tembok. MasyaAllah masa ni tak tau nak cakap apa, kagum sangat! Dekat bawahbawah tempat ni ada je tempat jual souvenir. Dekat atas pun ada jual, yang ni aku tabik sebab yela haruslah dia kena climb dulu tangga tu nak bukak kedai kan. Sebelum mendaki ni semua muka excited bagai nak tawan tembok besar ni lah konon. Semangat bukan main weh, dengan cuaca terik tapi angin sejuk dia tu buat kitorang ni bertambah semangat membara nak daki. Tapi. Tapi. Haaa, start je naik tangga terus tergamam, cerun nak mampuih! Lepas tu mulalah adegan gigih rakyat Malaysia mendaki tembok besar cina sampai rasa nak pengsan. Lulz. Bukan nak kata apalah, tapi memang kelakar sebab yang muda mudi ni naik tangga pun dah macam lagak warga emas naik tangga. Berpaut dengan pemegang sambil badan terbongkok bongkok. I know, you can’t really imagine how was it right, tapi percayalah that was a big challenge for me. That was hard and challenging!

Boleh lah korang bayangkan kecerunan dia macam mana dan tinggi dia macam mana. 

Ni baru part kitorang pergi. Ada lagi part tah belah manamana. Maksudnya tempat ni besar sesangat sangat sangat! Tempat Running Man datang tu belah lain pulak sebab ada cabel car. 

Tu masalah mendaki, kalau mendaki lepastu pandang belakang konon nak tengok lah kawan kita ada ke tak kat belakang kan, lagi seram. Sebab aku sekali je pandang belakang terus pening and terduduk terus. A’ah rasa macam nak terjatuh kat bawah je. Ahahaaha. Don’t worry, I have a lot of pictures to help you imagine the situation. Once in a lifetime. Scary tapi masa mendaki tu tak taula orang lain macam mana kan, tapi aku asyik piker je macam mana la hamba hamba yang dulu tu bina tembok ni. Aku yang mendaki ni pun dah macam ni cuba bayangkan pulak hamba yang dikerah tenaga dia buat benda ni. Ajaib. Ajaib!

Ni sejurus sahaja selepas kitorang berjaya turun dan sejurus sahaja aksi menangis nangis takut nak turun. Gembira bukan main kau! Rasa macam dah berjaya tawan satu dunia lah bila kau sampai dekat Great Wall ni.

Lepas tu pergi camwhore dekat tempat yang pasti tidak bertangga sebab dah fobia nak panjat tangga dia. 

Nak turun satu hal pulak ye tuan tuan dan puan puan. Tak tipu tau sebab one of my friends cried masa nak turun tu. Menangis tahu! Aku ni nampak je semangat gelak bagai masa naik tu, masa nak turun ni gemuruh jiwa semangat membara lah jugak beb! Kencang jantung aku seriau bak hang! Berpaut je dekat pemegang mata pandang tangga tak pandang scenary dia dah. Sebab apa, sebab nanti kau rasa macam tak berpijak ditanah tapi macam terawang awang. Hebat tak penangan tempat ni. Tapi bila dah biasa tu aku dah berani dan tengok puas puas la pemandangan dia masa turun tu. MasyaAllah Subhanallah. Tu je yang mampu terucap.


Lepastu dekat belakangbelakang banyak bangunanbangunan unik. Bangunan zaman dedulu la. Aku lah yang paling kagum dan excited sekali. Cantik dia tak tau nak cakap macam mana. 

Tak ke rasa macam berada di set pengambaran cerita kungfu kungfu? Cerita Maharaja cina? Cerita shaolin shaolin? Hurraaaaaa!

Sekali pandang nampak macam muka manusia pulak kan! 

And last place for this day is stadium sarang burung, empat tempat jelah sebab tempat dia jauh jauh so takes time to travel. Dah pulak malam ni tak tahu kenapa sejuk dia menusuk ke tulang. Habis tu apa kau expect orang Malaysia dengan cuaca sejuk. Sejuk berangin ni lain sikit dengan sejuk takde angin. Angin kat sini aku dah cakap kan sebelum ni, ke takde, entah la, angin dia kering tahu. Kering dan sejuk memang tak sama dengan sejuk Malaysia kalau nak banding dengan Cameron Highland dan Genting Highland. Ahahaha, masa nak berjalan masuk ke perkarangan stadium ni boleh pulak ramai penjaja penjaja tengah menjual makanan dekat situ dan entah kenapa aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kalau kat Malaysia benda bakar bakar ni mane ade bau yang kurang enak, semuanya menyelerakan ye dak? Tapi bau ape tah busuk betul. Cis, ruparupanya bau khinzir bakar u ols. Kahkahkah, bagi dorang sedap letew makan khinzir bakar sesejuk camni kan. Yang kita ni bau je rasa nak muntah.

Hikshiks, masa ni tengah tahan sejuk je tahu. Rasa time tu jugak nak beli sarung tangan. 

Bird's nest stadium! Yeayyyyy!

Ouh, tempat ni meriah betul. Tak tau la kan, sebab tempat ni ramai betul pelancong. Kiranya memang ramai la pelancong datang Beijing ni kan, sebab kalau korang perasan tempat tempat pelancongan dekat Malaysia ni takde nampak crowded dengan tourist pun. Kadangkadang tu nampak la tapi boleh kira. Kan? Kan? Kagum pulak aku dengan Beijing ni. Ouh iya, bagi yang tak tau la tempat ni dulu jadi tempat acara olimpik berlangsung sebelum London. So, yang famousnya tempat ni adalah architecture stadium tu sendiri dimana dia ada stadium cantik yang berbentuk sarang burung dan ada lagi satu stadium untuk pertandingan renang bagai tu. Olimpik 2008 tak silap aku dulu ni. Kawasan ni besar, kitorang pun malas nak explore sangat sebab lapar dan Eka pulak dah janji nak bawak kitorang pergi makan dekat restoran Thailand. Yumsss sebab tak lalu dah makan makanan melayu orang china masak. Tak lalu!


Ni makanan Thailand dekat China. The bottom one is Tom Yam actually. Nampak macam tak best kan tapi nasib rasa tom yam. Berbunga jugak lah hati bila makan ni. Semua lahap gila masa ni. Ahahaha!

Tips #3: Makan
Dekat sini jangan risau, banyak restoran yang halal sebenarnya. Ikut pengalaman aku, restoran halal ni biasanya papan tanda dia warna hijau. Lepastu macam biasalah ada tulisan arab arab skit. Banyak memang banyak cuma kena explore tempatnya. Dan selalunya makanan dia untuk belahbelah Malaysia ni sama je setiap restoran. Pakej lah kot kan. Mesti ada kubis, telur dadar, ayam itik. Tengok la macam mana tapi penyediaan dia sama je. Kalau pergi shopping centre, tu susah la sebab tak tau halal ke tak kan. Aku pulak, belajar tulisan cina baru 2 minggu tak reti pun nak baca. So susah jugak la. Dekat sekolah dulu pandai tulis wo ai ni je. LOL! Kitorang berani beli sneakers dengan cereals je lagi pun murah gila harga die berbanding dengan Malaysia. Gembira tahu. Tapi nescafe dengan milo dia mahal. L So important notes here, bawaklah maggi atau serunding atau masakan melayu masa travel. Sumpah takkan menyesal! Aku ni, nasiblah rombongan memakcik ni bawak macammacam. Hihi.

1 comment:

ipohhappenings.com said...

Salam,

Nice pics! Love your blog too. :)