Aku kira dah berbulan aku meninggalkan dunia blog dan post aku hanya tergantung macam tu saja. Sungguh kehadiran twitter dan instagram buat aku lupa akan kewujudan blog. Pernah aku terfikir untuk delete blog ni. Pernah aku terfikir untuk private kan saja buat bacaan aku seorang. Pernah...
Tapi aku rasa aku lagi kuat nak sambung post seterusnya. Padahal memori aku rasa dah banyak hilang dari ingatan. Gigih aku nak update sebab nanti nanti aku jugak la yang akan bukak blog sendiri dan reminisce memory sendiri. Bukan orang lain. Maka dengan itu, bismillahirrahmanirrahim.
Dekat mana aku tinggal hari tu?
Ouh yang aku naik Great Wall tu kan. Kegiatan hari ini kitorang dibawa ke dataran Tian An Men. Dalam buku mandarin aku banyak keluar perkataan ni. Aku pun dah terer dan tulis Tian An Men ni. Antara bebudak dalam kelas aku tu, aku rasa aku sorang je yang tahu maksud Tian An Men ni. Bahahaha. Dataran ni merangkap dataran merdeka la untuk dia orang. Nothing special about this place but dataran ni dekat dengan Forbidden City which for me much more interesting place to be visited la.
Dekat Tian An Men ada satu gambar lukisan besar perdana menteri dorang yang dulu. Itu aku rasa la, sebab aku tak berapa nak dengar sangat info berkenaan dengan tempat ni. Aku lagi sibuk ambil gamba dan menikmati udara negara orang. Kahkahkah. Aku paling excited pergi Forbidden City sebab dulu aku memang jenis yang layan cerita cina zaman maharaja.
Eka (tourist guide) cakap kalau ada penggambaran, half of the place akan close. Forbidden City ni aku kira besar dia adalah besar ah jugak. Besar macam mana tu aku tak nak estimate tapi memang besar. Korang tengok cerita cina maharaja dedulu pun rasanya korang dapat agak la kan. Bilik je ada beratus. Cuma kalau ada masalah sakit lutut dan seangkatan dengannya terutama buat warga perak atau emas, baik tak payah masuk sebab bila dah masuk ada satu je jalan keluar. One way ye.
Lepastu kitorang jalan jalan disekitar street dia. Sebenarnya memory Canon aku 4gb tu dah penuh jadi aku berhasrat untuk beli memory card baru. Aku singgah satu kedai camera tepi jalan ni, dan aku bargain dekat dia baik punya. Untuk 16gb memory card canon aku beli dengan harga RM25. Jadi total aku ada 20gb memory untuk digunakan. Shopping dekat Beijing ni mana ada yang tak berbaloi.
Forbidden City |
Makcik makcik ni la yang bawak bekalan makanan buat kitorang survive makan kat Beijing |
Streets shop |
1 Malaysia katanya |
Habis je lunch dan solat, kitorang semua dibawa ke tempat pisau. Aku tak tau nama tempat dia dan aku malas nak tengok balik tentatif. Yang pasti dekat situ dia demo pisau. Dengar macam bosan tapi aku rasa aku banyak jugak la buat suara impress dekat situ. Menarik sebenarnya presentation dia dan aku rasa ramai jugak makcik makcik beli termasuk aku la tu makcik tu. Kahkahkah. Tak jugak la, aku beli peeler dia je sebenarnya sebab mak aku suka peel peel buah ni.
Habis pertunjukan pisau kitorang pergi tempat pearl pulak. To be more exact, fresh water pearl la sebab dalam satu cangkerang dia produce more than 1 pearls. Rambang mata tu usah cakap sebab selalunya dorang jual murah. Sebenarnya dekat sini aku beli rantai. Rantai pearl u ols jangan memain. Dorang siap jual krim muka dari pearl lagi, habis tangan aku dorang gosok. Tapi aku tetap nak simpan duit untuk shopping baju nanti. Hihihi.
Lepas tengok adegan potong memotong, kitorang pergi pulak tempat untuk mengisi perut, Dr Tea. Dah sedia maklum China ni famous dengan teh teh dia yang berkhasiat tu ye dak. Aku tak ingat dorang bagi berapa banyak jenis teh untuk kitorang minum, tapi yang pasti dalam banyak banyak teh ada satu teh je yang aku suka. Teh tu ada buah dan aku lupa nama dia. Ahahahah. Aku lambat post, memory pun banyak lost. Teh cina ni banyak takda rasa, mostly untuk kesihatan je so aku rasa kalau yang banyak duit tu boleh la beli. Teh dekat rumah aku pun terhabis habis lagi.
Kawan aku pulak taknak beli teh, tapi dia mintat betul dengan pee pee boy tu. Masa demonstration buat teh, air teh yang panas tu dorang tuang dalam pee pee boy tu dan air dia mercikdekat kitorang through pee pee boy tu. Masa tu semua jerit sebab ingatkan air panas. Tapi tak, air dia sejuk. Pee pee boy tu macam sin chan lepastu macam best untuk pedajal orang macam yang kitorang kena tadi. Kahkahkah.
Last place for today, is a place of theater. Dia banyak tunjuk martial arts and involve dari budak sampai la ke orang dewasa. Mula mula, kitorang agak mengantuk jugak sebenarnya. Tapi lama lama baru dia jadi menarik sebab ada acrobatic. Seronok bila tengok dorang bergayut gayut atas kepala kita. The worst part of this performance is outfit lelaki ketat sangat sampai nampak tuuuttttt! Aku pikir banyak kali jugak sebenanrnya nak menikmati performance tu.
Malam, kitorang sambut birthday mak senior aku ni. Sempat lagi dia dengan abang dia berkomplot dengan Eka belikan kek. Moment paling best adalah moment makan kek tu aku rasa sebab sedapnya kek dari Beijing ni. Tak manis tak muak. Sumpah aku suka kek tu. Terima kasih makcik. Sebab Birthday makcik saya dapat jugak merasa kek dari Beijing. Hehehehe.
Next entry will be the last day aku dekat Beijing. Lepastu mungkin aku akan consider balik nak buat apa dengan blog ni. Ahahah. Banyak cerita harian aku, everything happen dekat life aku kongsi dekat twitter dan instagram. Tapi takdela semua sebab itu semua memory dan monolog dalaman. Aku rasa banyak nak di tulis tapi semua aku simpan. Gambar banyak nak di upload tapi masih dalam folder canon. Kalau aku rajin aku nak cerita pasal event Tweet Merdeka yang lepas. Lama, tahun lepas bulan ogos. AHAHAHAHA! BAI!
No comments:
Post a Comment