Click this

Wednesday, March 14, 2012

Just in case you read this.

Kalau bercakap mengenai perasaan.
Aku juga punya perasaan.
Walau dasarnya nampak tegar.


Aku pun dah letih melayan kehidupan aku yang sekarang. Letih itu umpama letih yang tak pernah wujud dimuka bumi. Letih melayan kerenah manusia yang tak pernah cuba untuk mengerti. Letih melayan kerenah manusia yang tidak pernah ada rasa CUKUP. 


Kalau diikutkan hati, memang aku persetankan semua tanggungjawab yang aku galas ni. Biar kalian tahu susah. Biar kalian belajar erti menghargai kerja orang lain pula. Biar kalian cukup rasa. Tapi aku tahu, aku tak mampu.


Apa perlu selepas ni aku hebah kan segala kerja?
Biar semua orang tahu aku juga punya banyak tanggungjawab lain?
Biar kau selepas itu bisa menutup mulut busuk dan kembali sedar
yang selama ini kau tidak pernah memikirkan perasaan orang lain?
Meskipun rakan sekerja kau sendiri?
Macam itu?
Itu yang kau nak?


Baik.

No comments: