Click this

Wednesday, March 14, 2012

For you who may concern.

Assalamualaikum.


Ye, post sebelum ni memang post yang tulus dari hati. Apa je yang terlintas, aku sampaikan. Susah kalau kita nak lahar depan depan. Nanti takut jadi gaduh. Susah kalau bercakap dengan orang yang tak faham bahasa, beribu kali cakap pun tiada guna. 


Dan the latest status aku dekat facebook pun regarding the same thing. 

Don't assume, ask.
Don't judge people. You're not even a HAKIM.
Don't spread false news, you better keep silent.

Kau siapa untuk judge orang lain sedangkan kau sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kau tak pernah cuba untuk berada di posisi orang lain. Apa yang kau nampak, tanpa soal selidik kau terus shoot orang. Kau rasa kau lah yang paling bertanggungjawab, mungkin. Kau lah yang paling berkomitmen, mungkin. 


Takpe. 
Mungkin kau tak tahu. 
Mari aku bagitahu.


Komitmen aku bukan satu. Banyak lagi komitmen lain yang perlu aku kerjakan. Dan aku percaya yang lain pun macam tu. Tugas utama aku berada kat sini adalah untuk belajar. Mungkin kau tidak tahu, tapi mari aku kasi tahu. Dari awal aku dah divide kan komitmen aku. Aku nak dapat result yang cemerlang. Aku tahu susah untuk budak sains dapat first class honour, lagilagi yang aktif di kolej. Tapi tak salah kalau berharap dan berdoa. Betul?


Aku pun ada keluarga. Sudah berbulan aku tidak jejak Ipoh, since cuti hari raya hari tu. Aku masuk kolej awal untuk uruskan kemasukan pelajar baharu. Cuti semester pun aku tak balik. Dan sampai sekarang masih lagi stuck dengan aktiviti kolej. Cuti midsem pun tak tentu lagi balik atau tidak. Kau pernah fikir keadaan orang yang macam tu? Ouh. kau pun tidak tahu, aku sudah lama tidak pulang ke rumah kan.


Kau pernah berdepan dengan pandangan keluarga yang pelik melihat anaknya tidak ada masa untuk balik? Aku paling tidak, masih bersyukur sebab dapat keluarga yang memahami. Datang sini jumpa aku, walhal sebagai anak aku malu. Malu sebab ketepikan keluarga atas urusan kerja dan komitmen yang bila tidak beri komitmen, ada saja mulut longkang yang berasa tidak puas hati.


Kau pernah berhadapan dengan pelbagai jenis sindiran orang lain melihat keadaan aku? Keadaan aku yang katanya busy. Terlampau busy. Sindiran dari teman. Sindiran dari sepupu. Mereka yang tidak faham keadaan aku. Apa tugas aku. Nampak kecil, tapi cuba kau duduk di posisi aku. Cuba kau rasa. Sedih. Menahan malu. Cuba susun atur ayat bagi mereka faham. Bagi mereka mengerti.


Yang lain minta nama. Minta dari aku. Aku cari orang. Cari orang untuk penuhkan jumlah peserta yang dibutuhkan. Tapi, programnya bukan satu, Bukan dua. Malah boleh mencecah puluhan. Dan orang yang sama perlu berkorban. Korban masa. Korban tidur. Korban waktu senggang. kau ingat aku tidak pernah cuba memahami anak buah aku? Aku pun punya perasaan. Kau tahu aku juga kasihan sama mereka?


Ya. Aku pegang 2 sekretariat. Tapi, aku sungguh beri full komitmen terhada keduanya. Yang mana aku ada jawatan, meeting tak pernah aku lepas pandang. Kerja aku buat. Aku timbalan pengarah. Malam ni punya meeting, aku pergi. Aku selesaikan tanggungjawab aku. Aku bantu pengarah aku. Aku Ketua biro protokol. Aku tidak lepas pandang. Semua sudah settle, tunggu di updatekan masa meeting malam ni saja. Aku ketua biro keselamatan. Sedang aku usahakan untuk berjumpa dengan senior yang lebih berpengalaman. Ya. Aku buat semua tu. Walau aku punya tugas sebagai floorep. Ada kau tahu semua ni?


Festik? Aku boleh bantu untuk festik. Tapi bila aku bantu, kau tiada. Dan bila kau tidak nampak, kau mula canang cerita di facebook. Aku hanya minor di situ dan aku perlu beri komitmen terhadap yang lain juga. Ada kau fikir kerja aku yang lain? Aku bukan kuli. Aku sendiri tahu mana yang perlu diberi keutamaan, dan mana yang tidak. Kau, tak ada hak untuk atur kidup aku. Kau punya budak lain yang tidak punya banyak jawatan untuk bantu kau kan. Kau sendiri yang tidak mencari. 


Dan sekarang, penuh dengan aktivit last minit kalian. Kalian nak suruh aku bawak anak buah aku main futsal lah. Kalian nak jugak suruh anak buah aku buat sketsa lah. Aku korban masa aku. Meeting sana sini, aku tidak cukup orang. Floor aku nak jaga, sketsa aku nak jaga, sekretariat aku nak jaga, sukan lagi. Meeting floor, meeting sekretariat., meeting MGM, meeting assignment lagi. Akademik aku hilang. Masa rehat aku hilang. Pernah kau fikir sebelum kau nak shoot orang? Pernah? Dengan aku test minggu ni dan minggu depan. Mana masa aku?


Sumpah aku dah penat. Aku penat menjadi aku. 
Kau bangga dengan diri kau?
Jika benar, jangan libatkan orang lain.
Sekian.


1 comment:

kura said...

amboi. emosinya beliau.