Click this

Wednesday, July 25, 2012

Image

Semua orang tidak sempurna. Itu aku tahu. Yang bertudung tidak semestinya baik belaka. Yang tidak bertudung tidak semestinya jahat sahaja. Yang bertudung labuh pula usah dikata apa, sebab manusia itu semuanya tidak sempurna. Manusia itu berubah dan boleh berubah.


Ah tapi tetap aku tidak suka pada yang bertudung labuh tapi masih bercouple. Bukan tidak suka pada orangnya, tapi pada sikapnya. Imej sudah pass tapi... Imej Islam yang dibawa tidak sepadan dengan perbuatan. Tapi aku masih lagi berpegang pada katakata manusia itu tidak sempurna. Bukan kah begitu?


Bukan pula aku nak kata yang tidak bertudung labuh itu boleh bercouple dan tidak dianggap pelik. Couple itu masih haram. Tapi sayanglah kalau imej dah sempurna tapi begitu pula perangainya. Ramai. Ramai yang begini. Sayang sekali. Mungkin mereka sedar dan mungkin juga tidak sedar. 


Sama juga dengan corak penulisan. Aku bukak blog, aku kagum dengan imej islamic yang ditonjolkan. Tapi, baca sahaja penulisannya semua mengenai cinta kepada manusia. Tidak bercouple tapi mungkin admire. Rindu lah, excited dapat tegok muka lah, tak payah elaborate panjang semua orang mungkin tahu apa isinya. Ini pun sayang, tapi annoying pun ada. Hihi. 


Oke. No offense. Kalau yang terasa itu bagus. Samasama berubah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ouh ya, kahwin awal dah jadi macam trend pulak sekarang. Ramai yang ingat nak kahwin, tapi berapa ramai pula yang ingat pasal mati ye. Sarcastic aku hari ni. Sudah. Salam Ramadhan!

1 comment:

Fakhrin Ahmad said...

Dulu ada sekali pernah nampak sorang budak sekolah agama bertudung labuh siap berpegang tangan dengan bfnya yang memakai songkok. alahai.