Click this

Tuesday, August 9, 2011

Peranan group facebook

Assalamualaikum.

Sungguh la budakbudak sekarang ni bertuah sikit. Sikit je la ye. Sebabnya, bila dapat tawaran je nak pergi universiti, group alumni matriks atau group intake universiti untuk batch dorang dah tersedia ada. Just click ask to join, then become a member. Segala bentuk pertanyaan boleh dikemukakan kat situ. Tak yah susahsusah pening kepala nak tanya siapa.


Lagi barubaru ni, boleh tanya pasal scholarships pasal ptptn. Sungguh lah efisyen group facebook ni. Admin untuk alumni kmpk contohnya. Memang seratus peratus membantu. Bertuah sungguh kami. :)  Like lima ratus kali. Senior universiti pulak bantu junior yang baru nak masuk. Tak kew sungguh bertamadun ini semua? Haruslah kita rasa berbangga sebagai rakyat yang bantu membantu.


Zaman saya keliru nak masuk asasi atau matriks dulu, hanya mampu cari senior sekolah je. Masa tu facebook pun tak aktif sangat. Mampu hantar mesej je dekat myspace tanya pendapat. Tanya kakak and abang saudara,  kaunselor sekolah dan cikgucikgu. Boleh jadi mereng fikir mana satu yang nak pilih.


Tapi syukur alhamdulillah, masa nak masuk UPM senang je sebab dah memang ada kawan yang study dekat UPM. Segala pertanyaan tanya je dekat dia. Memang smooth la. Ah, maka selamat bersiap siaga lah kepada sesiapa yang bakal menjejakkan kaki ke alam universiti yang indah itu. Bakal bergelar mahasiswa mahasiswi lepas ni. Sekarang haruslah pening kepala nak beli barang pulak kan. Especially yang lepasan STPM. Budak matriks, budak diploma boleh angkut barang matriks/diploma pergi universiti je.


Welcome to the new world.



No comments: