Click this

Wednesday, August 10, 2011

Aku, Fyza dan Mandarin

Assalamualaikum.


Memandangkan gladiator sandal kesayangan telah rakus ku pakai dengan gembiranya, maka keadaannya kini agak lah tenat. Tapaknya tertanggal. Kulitnya kusam. Maka dengan itu, berkobarkobar lah hati nan satu ini untuk mempunyai pengganti gladiator yang lama lagi kusam.


Mari mula cerita, di waktu tengah hari yang agak mendung, laju meluncur sebuah kereta dengan muatan 2 orang penumpang kearah destinasi pilihan. Mulanya niat untuk mencari shawl buat pakai dihari raya, namun end up ke Ipoh Parade buat cari baju pakai harihari.


Tapi seperti biasa, kita hanya merancang dan tuhan lah yang menentukan segalanya. Perancangan kami yang ingin perabis duit sebelum mendapat gaji telah sempurna dijayakan dengan memiliki 2 pasang kasut setiap seorang. Jadi, isi penting yang sebenarnya adalah, kami berjaya meminta harga murah dengan menggunakan kebolehan yang tersedia ada. 


Mulanya, diri ini yang gatal mulut menggunakan bahasa mandarin bertanyakan kepada auntie kedai warna mana yang cantik di kaki Fyza.  "Auntie, hei se? Bai se?"   Dan mula saat itu, auntie itu telah terlampau kagum melihat kebolehan yang ada namun diri ini mengaku,   "Wo hui huayu la auntie, ker she yi dian dian lor."   Yes, yi dian dian okay. Not fluent. Boleh cakap, tapi masih merangkak. Mandarin telah ku tinggalkan 3 tahun.


Tapi, walaubagaimanapun dengan menggunakan baki mandarin yang masih tersisa ku minta tawar jugajuga. "Haiya, ker yi lah auntie. Ker yi lor.."   Fyza turut serta dalam sesi pujuk memujuk menggunakan sisa mandarin yang masih berbaki. Dan akhirnya, 2 kasut di bawah RM100 haruslah pencapaian yang menggembirakan. Tapi, entah lah auntie tu pula makin menjadi jadi speaking mandarinnya. 


Aku hanya angguk, angguk dan angguk. Sesekali, aku repeat perkataanya. Aku give up, aku minta undur diri.  Di luar kedai,   "vla vla vla....  Fyza, yang sebenarnya lastlast tuh aku tak paham pown dia speaking hape!"    *Gelak besar besar*   "Weyh, aku pun tak paham. Tapi aku nampak muka kau macam paham jerh. Ingat mandarin kau dah improve. Muka konpiden."   *Gelak besar besar lagi*   "Ha, takat yang aku paham, aku paham la. Dia citer kedai depan tak untung. Orang tak datang kedai tu. Yang lain apekebenda ntah. Aku angguk je la. 1 2 perkataan aku paham la. Nak compile jadi ayat, aku pun tak reti"


=.=''


Moralnya, kasi hentam saja bahasa yang kita rasa boleh cakap termasuklah bahasa Inggeris. Rezeki murah, dapat tawar harga kaw kaw. Muka konfiden itu adalah harus. Kalau lepas ni ada orang korea nak bukak kedai kat Malaysia, boleh lah hentam bahasa korea pulak. Erk. Perasan boleh cakap korea. Setakat annyeong, mianhe, oppa, saranghae, ottoke, omo, napeun namja, satu perkatan ini, satu perkataan itu, boleh jalan lah weyh.


Translation :
"Auntie, hei se? Bai se?"
"Auntie, hitam kew putih?"

"Wo hui huayu la auntie, ker she yi dian dian lor."
"Saya boleh speaking mandarin la auntie, tapi sikit sikit je."

"Haiya, ker yi lah auntie. Ker yi lor.."
"Haiya, boleh lah auntie. Boleh la.."


And the rest of the conversation is history.

No comments: