Click this

Friday, April 1, 2011

myMetro | MPSJ, UPM anjur exploria, bakti siswa

Just found this.


KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan program Exploria MPSJ dan Mega Bakti Siwa UPM 2011 di Stadium Tertutup Serdang Jaya pada 26 dan 27 Mac ini.

Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pelbagai aktiviti menarik dirancang dalam program antaranya pameran, jualan produk usahawan industri kecil sederhana (IKS) serta pelbagai pertandingan.

“Lebih menarik, aktiviti gotong-royong perdana di kawasan Serdang Jaya dan Serdang Raya akan disertai oleh kira-kira 2,000 pelajar UPM dan penduduk setempat.

“Ini kali kedua program gotong-royong dianjurkan bersama UPM dengan pembabitan jumlah pelajar yang lebih ramai berbanding tahun lalu iaitu hanya 200 pelajar malah kali ini kita merangka program yang lebih menarik minat masyarakat,” katanya.

Azfarizal berkata, aktiviti gotong-royong akan diadakan pada hari kedua program bermula 7.30 pagi selepas senamrobik diikuti pelbagai aktiviti bersama pelajar.



Source:


Well done everybody!

No comments: