Banyak perbezaan semester lepas dengan semester kali ni. Walaupun perbezaan credit hour x obvious sangat tapi macammana pun semester kali ni sangat menyesakkan nafas. Can't breath. Even though langsung xde kelas pagi for this semester as the most early pun pukul 10 pagi, haha tapi bagi saya tetap awal ouh.
Awal semester kali nih entah kenapa banyak sangat aktiviti ada. Road relay, interfloor volleyball, olahraga interkolej tu belum masuk lagi aktiviti yang on the road entah bila pulak nak diadakan. Baru minggu ke 2, eyh serius baru minggu ke 2? Serius kew baru second week? Loading 3 minit. Sambung. Tambah esok ada Hari Siswi UPM, harus dan wajib pergi sebab ada booth ayunar nak shopping shawl. Hooreeyy!
Setakat 16 jam kredit eyh orang lain yang amik degree 3 tahun pandang sebelah mata je kat number 16 tu. Tapi kenapa saya rasa macam berat sangat 16 tuh? English je kena spend 3 kelas siap ada lab berbagai, alam sekitar pulak adoi memang x menepati cita rasa. haha. Kalau kelas kenegaraan lagi lah awalawal surrender.
Cuma berbahagia dengan 2 subjek biologi jelah tapi killer subjek pulak tu Biostats hamek kau. Dah berapa lama xmain dengan number? Erkk, sambil gigit jari. Biology of development, hanya kau harapan ku ;)) Ouh ye, tadi masuk lab buat pertama kalinya di semester 2. Oke, guna microscope memang perkara yang indah tapi lab pukul 3 - 6 di petang Jumaat is such a spoiler. Kan? Ramai bersetuju nampaknya.
Sebenarnya sekarang ni tengah berehat dari buat assignment biostats ha tengok awalawal da ade assignment siap kena present next week lagi. Alhamdulillah dapat cari article untuk dicorrect kan. Assignment on the road kenegaraan and english masih xbergerak lagi. haha. Tajuk pun x cari lagi. Berbeza lah dengan zaman bebudak sekolah dulu, setakat kerja sekolah bertimbun memang tak challenging. Dah masuk universiti nih ha rasakan lah ye kalau dulu asyik merungut kerja sekolah dan study sekarang lagi banyak kau nak fikir. Meeting tengah malam buta lagi. Hoii! Dengan kisah course, kolej, floor, sekretariat. Grr!
Walaupun sekarang hidup ni pun macam topsy turvy but anything could happen over time right? I'm trying to adapt. Seriously nak ubah my way of life dari dulu wahai Shyra si pemalas menjadi Shyra yang wah! kau ke nih? Pelajar yang macam busy uruskan diri dan pelajaran bukan kew nampak macam memang pelajar? Macam life hectic giler kat universiti and struggle enough untuk succeed. Rushing ke kelas balik bilik study and full dengan assignment bajet macam seorang yang berkerjaya professional xda masa untuk berhibur, memang melampau. ;pp
Tak nak dah hidup lenggang kangkung kumpul tahi mata sambil buat peta kat bantal sebab lepas nih nak jadi pelajar cemerlang tahap gaban punya. Oke ini statement terlampau. haha. Tak lah, nak cuba berubah siketsiket. Takpe, kita tengok je lah nanti ye. Take a baby step.
Coursemate.
You guys are like cold packs to the migraneur.
Each and everyone of you.
Silent or vocal.
No comments:
Post a Comment