Meja study sepah habis bajet study hard. Auww.
Diet exam yang tidak betul. Tension habis lah tu!
Maka sudah berakhirlah 4 paper ku yakni 2 paper Biology, Titas dan Hubungan Etnik. Lagi 10% yang xlega tuh untuk paper Falsafah Sains hari ahad malam nanti. Can't wait! Balik rumah hoyeah.
Paper Biology of Microorganism paper pertama dekat dewan besar yang sering membekukan arghhh tension. Skema pakai baju kurung kain nipis ditambah pula dengan tuan badan lemak x banyak, memang menggeletar habis jawab Bio. Memang tragis hari itu seperti berada di Korea. Lalala. Tapi berita baik sebab boleh jawab ALHAMDULILLAH. Dalam tengah jawab soklan dalam hati asyik bersyukur banyakbanyak pastu mendoakan kesejahteraan Dr. Hishamudin sebab baik sungguh pada student. ;))
Siapa yang x cuak kan bila kena jawab soalan titas dalam esei. Ye begitulah nasib kami batch bertuah start buat esei untuk subjek Universiti. Apaapa pun ALHAMDULLILAH. Moga result membantu carry mark. Yakin dengan Allah yakin and lecturer mintakmintak result boleh buat muka tersenyum. Puh kanan puh kiri sampai tersembur air liur. Puhh puhhh
Bebudak yang keluar awal after paper Titas. Konfiden itu penting.
So far paper Cell and Molecular Biology yang agak mencabar buat setakat ni. Tapi yang pelik tuh boleh gelak siap buat muke cam alien pastu usha pengawas takut pengawas perasan reaksi tadi bila baca soalan. Malu.
Ha macam ni ye soalannya.
Do all of the codon in question (c) can produce amino acid? (1marks)
If not give your answer. (2 marks)
So jawapan die kena jawab no jugak lah kan sebab kalau jawab yes, 2 marks hilang macam tu je. Hehe. Lawak x lawak x? Sila gelak sekarang. Oke berhenti gelak. Macam lah lawak sangat hahaha. (*_*)
Hubungan saya dengan Hubungan Etnik mmg ada masalah selama ni dari awal sem sampai final exam. Tapi nak x nak kena confront jugak dengan si dia. Selesai je settle kan Hubungan Etnik maka mari lepaskan tension dengan makan!
Lokasi : Sebelah Fakulti Pengajian Alam Sekitar
Sumber makanan : Gerai Sri Serdang
Tajaan : Shyra and the gang sendirian berhad
Ya Allah, Kau permudahkanlah kami menjawab peperiksaan ini. Kurniakan lah kami keputusan yang baik dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bersyukur. Sesungguhnya Kau lah yang maha mengasihani.
No comments:
Post a Comment