Click this

Sunday, June 7, 2009

AYAT-AYAT CiNTA


Khilafnya Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji.

Beliau merasakan bahawa dirinya bersih,suci sepertimana yang dimahukan Allah pada setiap hamba-Nya. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu perkara yang bertentangan dengan nilai hidupnya.

"Apa salah saya pada Allah?"soalan seorang manusia bernama Fahri,yang tertipu dengan dirinya sendiri.

"Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!" bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi dia lupa tentang ikhlas.... dan musuh ikhlas itu sulit.

.. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286



No comments: