Click this

Monday, May 28, 2012

Randomly post.


Assalamualaikum.

Ya Allah, entah kenapa takde hati langsung nak study dan siapkan semua kerja yang menunggu. Habis je 1 Citizen tadi, terus layan Medic Story sampai maghrib. Sekarang, telinga ditutup rapat dengan earphone gedabak, lagu yang macam macam jenis genre main tanpa henti. Dari korea, ke mandarin, inggris, hindustan, jepun, sampai la ke lagu melayu semua aku dengar. Tangan dari tadi pegang mouse, mata tak henti memandang screen laptop, kertas kajang putih bersih satu penyelesaian pun tak ada. 


Jadi selalunya, bila otak kata tension, hati kata 'JOM KELUAR!" Hampas punya hati.


Tiga soalan module kimia pun aku tak mampu buat. Molydenum crystallizes, face-centered cubic unit cell tu semua pertama kali aku dengar. Soalan apa ni. Aku google. Otak tak dapat cerna. Sungguhlah, bila aku kata tidak, hati pun tak mahu, cubalah macam mana sekalipun apa pun tak jadi. Otak melayang dengan muzik punk, bergegar dengan muzik rock. Apa nak jadi dengan kau. Esok jangan skip kelas lagi. Makin lama makin teruk. 



Biarlah kawan yang jadi perangsang.


Tadi baca status kawan dekat facebook, dia cakap kalau dia ada anak dia tak nak galakkan anak dia ambil sains tulen so that anak dia tak rasa macam apa yang dia rasa. Rasa macam apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa memang untuk apa yang aku rasa. Senang cerita padan muka aku. Biar aku tau rasa. Tapi belajar tu kan ibadah. Tak boleh benci. Kalau masa matriks dulu boleh je study consistent, kenapa sekarang tak. Argghhh. Fikir sekarang pun takde guna. Mata mintak tutup. Otak kata penat, konon penat 2 hari pergi 1 Citizen ambil exam bagai. Kerja satu pun tak siap.



2012 must be better than last year and last year and last year. Cross fingers.


Buang masa lagi tadi, kan takde mood nak study buat assignment. Buka folder Canon 550D. Bila ingatingat balik, semester ni kerapnyalah berjalan. Sewa kereta, vroom sana vroom sini. Belajar pulak vroom entah kemana. Kamon lah! This is the last week untuk lecture. Takkan nak berada di takuk yang lama kan. Tapi indahnya jadi student. Sebab apa yang pahit tu lah nanti akan buat kita tersenyum satu hari nanti. Nyummm. Sedapnya Nando's!


Gambar Nando's tapi lidah nak rasa Johnnys. :(


Macam Scha Alyahya. Pahit yang dulu, sekarang kan dah dapat yang sweet macam Awal.


Gambar memang takde kena mengena dengan post, sebab nilah gamba yang direview masa buang masa tadi. :P



Muhasabah diri lah wahai diri sendiri. Final exam dah hampir. Minggu depan ada lab test dan last presentation. Kasihanlah ibu bapa yang berada dirumah yang mungkin sekarang membayangkan anaknya sedang berkerut dahi menjawab soalan tutor walhal perkara yang sebaliknya berlaku. Fikirkanlah duit yang kerajaan bagi tu bukan untuk kau joli dan bersuka ria dan hari hari update blog cakap kau takde mood nak belajar. Malunya. 


Location: Nando's Alamanda Putrajaya
Sponsorship: 2012 Calendar by Earth Hour Organizer

2 comments:

kura said...

amboih. bermotivasi nya awak sira. bagus naaaa! teruskan belajauu. hekhek

kura said...

Eh sira. Err.. 9/6 nnt akak aku kahwin, so klu kau ada kesempatan marilah dtg memeriahkan majlis :)

maaplah ajak kat blog je. hehehh