Click this

Saturday, July 30, 2011

Maggi

Assalamualaikum


Sambilsambil makan maggi ni, tetiba teringat pulak masa makan maggi secara berjemaah dengan kawankawan rapat dekat kolej. Bila lewat malam je, perut mula la berkeroncong. Lagilagi bila tengah berkumpul ramairamai bincang pasal biology, assignment, korea segala. Mula la soal siasat tanya sape ada maggi dalam bilik. Shareshare maggi masak guna multi cooker Mama punye. Sem depan dah rancang nak buat steamboat pulak. Lol.


Tak pun port dalam surau pun jadi. Study dari start pukul 9 malam sampai  2 3 pagi. Bila lapar, mula la hantar 2 orang pergi depan KC beli burger, roti impit dengan ice blended. Kalau dah lambat sangat, stall tutup pergi kiosk pulak beli maggi. Maggi tu dah jadi makanan biasa la untuk student. Kalau malas nak balik bilik, tidur terus dalam surau. Hah. Subuh dikejutkan dengan bunyi azan dalam surau. Terkejut semua pakat bangun solat subuh. 


Rindunya nak masak ramairamai makan berjemaah. Takpun, masak untuk pergi picnic dekat bukit expo. Roti sardin. Goreng hotdog, nugget. Tu lah, bila dekat universiti boring je ada jugak aktiviti lain yang nak dibuat. Bila dekat rumah lamalam mula la bosan hadap benda yang sama setiap hari. Agaknya, bila kita dah start duduk jauh dari rumah, bila kena duduk rumah 3 4 bulan, boleh jadi tak keruan. Patutlah mak tiap minggu asyik nak berjalan. Tak mau duduk rumah. Tak ke kampung, pergi kl.


Tapi bila dah start belajar, meraung nak balik rumah pulak. Lagilagi bila kepala dah tension dan tepu nak study. Ingat masakan mak lah, manja dengan ayah mintak belikan itu ini lah. Ayah nak sate. Ayah nak yong tau fu, nak mcd, nak tu nak ni. Semua boleh. Al maklumlah, tak selalu ada kat rumah. Sesekali balik, dipenuhi je permintaan tu. Kalau kat rumah pulak, bila dah start kerja mula lah rasa malas nak bangun pagi pergi kerja. Fikir bila nak habis kerja. Aiyoooo. 




Kan?

7 comments:

amierul said...

Baru pas makan mggie td.wat sendiri je.haha

Shyra. said...

@amierul wah. kebetulan kan mierul. akak pun same. :)

puteri ain said...

lama tak makan meggi . nmpk meggi tu terliur lak . hehe

Shyra. said...

@puteri ain hehe. maggi pun boleh buat terliur kan.

MYREFLECTION said...

sedapnyee!

Tiera rara said...

rindu giler nk makan maggi ramai2! pastu tidow kat surau.. hahaha.. emg punya pasal la kan.. nway, sweet memory! :)

Shyra. said...

@ infinity love sedap kalau makan ramairamai.

@cik rara aku pun rindu!