Click this

Monday, May 16, 2011

Once upon a time.

Assalamualaikum.
Hi! Evening.
Oke tak. Dah tengah malam sebenarnya.


Actually, tak tawu nak isi apa dengan blog ni. Walaupun banyak perkara yang masih tak update dalam blog but still belum ada mood untuk cerita pasal itu semua. Tapi takpe, kita relaxrelax chill dengan kisah yang tidak membebankan kepala. Kata tengah cuti kan.


Pagi tadi, bangun je dari tidur alhamdulillah entah dari mana datangnya niat nak kemas bilik tapi tulah yang saya buat. Well, bukan kemas setakat vacuum habuk, kemas tempat tidur dan sebagainya tapi dengan menyelongkar segala harta pusaka dahulu kala yang tersimpan didalam locker dan di dalam meja study.


Ouh. Ruparupanya dengan berbuat demikian telah mengembalikan saya kepada memori lama. Because, I'm the type of person yang suka simpan buku + barangbarang lain and jenis yang sayang sangat nak buang barang, so tadi telah menemukan saya kepada buku PMR and macammacam collection lain la. And the best part is, saya mengenali diri saya yang telah lama saya tinggalkan melalui semua barangbarang tu.




Baru saya tahu, masa saya tingkatan 3 saya merupakan seorang yang kuat belajar dan sangat takut untuk menghadapi PMR. Malangnya, saya yang sekarang tidak seperti saya yang dulu. How sad. Saya rindu nak buat latihan dalam buku sebab sekarang saya dah lama tak buat latih tubi, patut la result saya tak bagus. Tapi nak buat macam mana, universiti tumpu lecture je.


By the way, gambar kat atas tu buku latihan untuk PMR + soalan PMR dengan Trial. Masih ada lagi. Well, semua tu saya akan pass dekat Natasha Khazariman. Hahahahaha gelak evil! Kalau anda baca wahai Tasha, sila rasa gembira. :P  Good Luck in your PMR.


Saya suka melukis. Ye, di zaman kanakkanak dulu saya suka melukis. Tingkatan 1 2 3 tu kira kanakkanak la kan? Erk. Walaupun takde bakat, tapi saya suka isi masa ngan melukis. Funny right? Sebab sekarang langsung tak pandai melukis dan kalau try lukis pun, lukisan tahap budak tadika. Tu la, budak sekarang main fb main blog. Saya melukis. Sweet ape. Hahahah.


Memang takde rupa Jesse McCartney langsung.


Komik.


Lelaki ni patutnya handsome. Sorry.


Big fan of Naruto. Dulu la.


Tiger.


Selain daripada melukis, saya suka buat pelan rumah. Tak tipu, memang betulbetul buat pelan rumah. Dulu, saya pernah bercitacita nak jadi arkitek. Tak main la doktordoktor ni der, berapa ramai budakbudak nak jadi doktor. So, disebabkan itu lah saya masih lagi main The sims. Kalau dulu main The sims yang livin large tu je, sekarang up siket la main The sims 3. Haha. Dulu buat pelan rumah sebab nak main The sims oke. 


Kalau cakap pasal cita-cita, saya pernah nak jadi wartawan. Sebab ape? Sebab nak jalanjalan. Jadi pengacara program makanmakan pun pernah. Sebab saya suka makan. Ceyh ceyh. Itu la, saya bukan budakbudak tipikal yang kalau cakap pasal cita-cita je nak jadi doktor, peguam, cikgu. Eyh, tapi peguam tu pernah lah jugak letak. Hahah. Takpe, tak matang lagi time tu.


Itu je kot. Kalau nak cerita semua memang bermukamuka la panjangnya. Oke, bye!
Salam. Have a nice sleep!

6 comments:

zacky786 said...

nice sleep too ~
untungla cuti 4bln.. huh..

Shyra. said...

zacky: jgn jeles laa. haha

MYREFLECTION said...

hehe..comelnye lukisan tu.. :)

Shyra. said...

nabila: haaaa. no komen.

cikzuzu dan cermin mata ajaib said...

the sims tu memang ak caye.. hak3.. teringat kt men same2 kat mtrik dlu..huhu

Shyra. said...

cikzuzu: betulbetul. ko main the sims 2 lagi ke weyh? hohoho.