Click this

Wednesday, March 23, 2011

Teater Siti Zubaidah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.


Sudah berhenti study sebab tak faham. I really need some help. Gonna have second test for biostatistics this Thursday. Do pray for me  (:


Semua orang pernah tengok wayang kan, tapi macam mana pula dengan teater? Pernah tak? Rasanya macam tak ramai yang pernah tengok teater sebab ada yang cakap teater tu bosan. Please twist your thought and try to experience it. Lepastu baru boleh buat conclusion. 


Yeah, I baru je experience teater hari sabtu lepas tapi bukan lah kat IB tapi dekat panggung DBKL kat bangunan Sultan Abdul Samad tuh. Sebelum ni tengok teater dekat universiti je sebab ada festik and agak menguapkan lah kan sebab tak sama standard dengan the real teater. Maka dengan itu berkobarkobar nak tengok pementasan teater yang real punya dan alhamdulillah tidak mendukacitakan.



Panggung Bandaraya




So here we are 5 orang sepatutnya tapi Cik Hani duduk belakang. 



Ada orang kata teater bangsawan memang akan ada part selingan macam gambar atas tu. Ada part joking and ada part chorus menarinari. Well, it was Che Mat and Wira Wili from Raja Lawak kat dalam gambar tu. Sumpah kelakar gila dorang dah macam gabungan Zizan ngan Johan.



Salah satu sebab teater ni tak bosan adalah kerana tak semua lakonan kat depan pentas, ada part tepitepi jugak. Alah, macam kat IB tu lah. Takdelah mata dok tertancap kat depan je.



This is what I mean.



Ni bila last part. Teater dah habis, so lepas perkenalkan cast and crew dorang ramairamai nyanyi enjoyenjoy gitu. Meriah!



Boleh nampak kan manusiamanusia kat belakang tu punya muka. Senyum bukan main sebab teater ni sangat hebat. Ouh, abaikan muka 2 orang budak kat depan ni. Gambar ni nak tunjuk muka penonton kat belakang tu je.  Bhahaha.



Oke, gambar ini memang bermotifkan 3 gadis  (:  Yang belakang sekali tu lah Cik Hani, Me and cik Tiera Rara.


So,then tamatlah pementasan teater Siti Zubaidah. But the best part is here. Here we go.



Boleh beramahmesra dengan cast. Then curicuri amek gambar Raja Azrey. OUW!!



Dan bernasib baik dapat bergambar bersama Raja Azrey, Dj Pool KLFM dan ntah sape kat belakang tu. Sangat tak rugi datang sini okeyh! Dan me plus Tiera Rara said this : Hey, nampak tak kitorang berdiri sebelah Raja Azrey idola teater kita. Ahaha.



Dan rezeki bertambah melimpah ruah lagi bila dapat bergambar dengan Ieda Moin yang melatah tu. Hoyeahh! Ouh, Ieda Moin posing camtu sebab memang dalam teater gitulah gaya dia berjalan. It is like, dia dah tak boleh kembali kepada bentuk yang asal. Hehe.



Dan Azza Af yang cakap bebudak UPM lariskan jualan tiket. Bhahaha. Yeah, we do love teater!



And lastly, picture bersama pelakon utama heroin jelita tambah ayu dan suara merdu pergghhh ntah kenapa baru sedar ni semua. Ani Mayuni sangat lah cantik dan mesra tak sombong. Ouh, gambar gegar sebab photographer tak ikhlas. Arghh!





Lastly kami memang puas hati!


Ye, saya sudah jadi peminat teater dan rasa macam takde rasa excited sangat nak tengok wayang berbanding dengan pementasan teater. Perghh patutlah orangorang yang tengok PGL sanggup habis duit nak tengok lagi teater tu. Memang sangat berbaloi. 


Sikit info pasal teater ni, selain artis yang dekat atas tu ada lagi artis lain yang terlibat dalam teater ni macam Ezad Exist, Khaty Azian dan Zaki Zabidi. Ouh, dan terserempat dengan Azrul kumpulan Cham Raja Lawak tu jugak. Dia pun datang tengok kot. 


Cerita ni pasal Siti Zubaidah (Ani Mayuni) iaitu isteri kedua Raja Zainal Abidin Shah (Raja Azrey) yang tidak disukai isteri pertama Raja iaitu Puteri Zaharah dan bonda Raja (Khaty Azian). Siti Zubaidah ni dihina dicaci segala lah tapi lastlast dia yang selamatkan suami dia dari Raja Silantra (DJ pool) yang jahat. Nak tahu lebih lanjut, tengok sendiri.


Oke, next time kita pergi IB pulak okey IB is Istana Budaya ye bagi yang macam tak tau IB stands for what. And do remember to bring your CAMERA. Ye, ini mistake yang kitorang buat boleh pula lupa nak bawak camera. Sebab tu gambar tak best!


Till then you guys. Try lah tengok teater nanti ye. Salam!

No comments: