Click this

Sunday, February 27, 2011

Petang yang indah corrupted.


Beberapa minit yang lalu baru je post pasal petang yang indah. Malangnya hujan rintik mula turun lah pulak! Memang takde rezeki untuk jog hari ni. 


Plan jog tadi telah bertukar menjadi jom minum old town white coffee sambil makan biskut dan menonton koleksi movie dalam hardisk. 


Setelah agak penat juga mencari manusiamanusia yang tidak dikenali untuk menyuruh mereka join group Projek Mega dan dengan punya niat tulus untuk berjogging namun begini yang terjadi akhirnya. Argghh! 


Ouh ye. Seperti biasa tak pernah free. Tapi jangan risau masa untuk berblogging sentiasa ada. Sekarang busy dengan assignment kenegaraan. Mungkin minggu depan present. Developmental biology pun tak present lagi tapi slide dah siap. 


Esok ada test untuk oral and interaction skills. Kena berlakon gitu nasib baik ada bakat semulajadi. Bhahaha. Report juga turut menanti untuk disiapkan. Banyaknya kerja saya. Ha, yang pasal group tu kan. Saya jadi ketua AJK Publisiti dan Komunikasi untuk Projek Mega Bakti Siswa.


So, telah ditugaskan untuk membuat 1 group bagi menggabungkan 10 kumpulan bakti siswa yang lain. Hari Jumaat depan harus ada 400 ahli yang sudah join. Hooiii payah tu. Akhir bulan Mac nantilah acaranya. 


Bertempat di Stadium MPSJ dengan kerjasama MPSJ dan bebudak Bakti Siswa UPM. So, bagi penduduk area Serdang, Seri Kembangan dan yang sama waktu dengannya jomlah turun join. Macammacam aktiviti ada selama 2 hari. Hooreeyyy.


PeeAss : Yang part hooreeyyy tu macam tipu. Tak happy pun sebenarnya. 
Penat dan tension ye semester 2 nih.

No comments: