Yup saya sudah habis test tapi jiwa tetap merana. Result yang k.o tak o.k argh agak tension disitu. Paham tak paham tak? Entri ni takde apeape yang berinformasi pun just nak update life je boleh tak? Weh serabut kot ayat kau. Perenggan baru !
Dari awal semester 2 tiba, dataran melur tempat aktiviti kolej memang tak senyap sampai sekarang. Mungkin orang lain tak rasa apaapa tapi penduduk ground melur yang tepi dataran ni menjadi mangsa especially masa minggu test. Tension itu sudah pasti.
Dari dorang practice Pesta Ponggal ke sambutan Gong Xi Budaya lepastu bebudak Festik practice teater plus MAKT woh banyak gila aktiviti. Sampai sekarang kot eyh tertinggal 1 lagi aktiviti 1 Malaysia di Persada Dunia tapi yang ni takde aktiviti bisingbising.
Selain daripada aktiviti belajar, lecture, lab plusplus lainlain aktiviti kolej pun banyak jugak weyh. Tengok lah sekarang kan jarang je update blog. Tambah dengan tekanan perasaan, kegagalan hidup, tugastugas lainlain yang membebankan kepala, buat diri tak terurus. Bhahaha. Melampau gila statement.
Mari start dengan esok, ada program 1 Malaysia di persada dunia dari hari sabtu sampai ahad. Program nih besar lah jugak sebab orang luar terlibat. Budak sekolah area selangor ada pertandingan pidato kat dataran melur pagi esok and bebudak matrik Johor pun akan sampai sini. Saya? AJK je pun. Bukan pengarah tak busy mana.
Ahad pulak ada 'Jalan-Jalan Floor'. Program ni khas untuk ahli floor Hana Evol (ground melur), bertujuan untuk meraikan pelajar final year. Hehe. Excited weh nak pergi mandimanda air terjun kat ulu yam sana tuh. Lepastu lepastu? Ada lagi. Hari Isnin pulak dimalam harinya ada dinner untuk final year sekretariat 2k. Makan lagi kumpul lemak sambil bersosial mainmain game memalam buta. Bhahaha. Eyh ada pilihanraya UPM jugak Yang ni no komen.
Selasa pulak. Ada apa pulak dengan hari selasa ye. Hari selasa punya malam nak pergi auditorium kejuruteraan. Nak tengok Festik (festival teater inter-kolej). Tiba turn KTDI pulak perform. Wohohoho. Nah poster Festik kitorang. Sapport kawankawan yang tak tidur malam tu weyh walaupun dorang buat noise pollution time saya nak study. Ngee.
Rabu insyaAllah ada dinner floor Hana Evol untuk final year. 1 floor pergi makan kat Bangi. Hamek kau 2 kali aktiviti floor berjalan sakan. Meriah oke! Harihari yang seterusnya mungkin berjalan dengan normal tapi belum tentu lagi lah. Kolej ni pantang senyap weyh ada je aktiviti dorang nak buat. =__=''
No comments:
Post a Comment