Tatkala post ini sedang ditaip saya sedang duduk diatas katil empuk milik Star Regency Hotel & Apartment. (Entah bape kali cuti la minah ni) Gaye macam nak pergi mendapatkan ideaidea bernas untuk bahan blog. Sangat poyo. Ntah kenapa, sejok sekarang x sesejok semasa saya pergi ke Cameron Highland beberape tahun lepas. Puas hirup udara segar memandangkan keadaan Ipoh pown yg kadang kala hujan kadangkala panas. Bahagia.
Tapi at the same time kepala penin memikirkan upu. Kursus apa nak ambil. U mana yg terbaik. Kenalah seiring dengan pointer. Memandang pointer pown x sehebat mana, juz 2nd class. Huh! Oke saya masih bersyukur. ALHAMDULILLAH. Tetapi, tetap sakit kepala pikirkan ape yg terbaek.
Semua pilihan saya dalam upu pasti ade kene mengena dengan biology. Major bio, biotech, mikrobiologi etc. All about BIOLOGY. To be frank, saya baru sedar yg saya lebih meminati subjek Biology berbanding subjek lain. Well, weird jugak sebab dari skolah dulu da blaja Bio tapi kat matriks baru realised. Semasa Form 4, saya rase subjek bio susa, bosan dan vlavlavla sampai la Form 5. Tapi pertengahan tahun baru sedar yg subjek ni easy, fun n interesting.
Rugi kan? Dah in the middle of the year baru start masuk tuition and dapat belajar ape itu Bio yg sebenar. Guys! Bio sangat seronok. Belajar pasal hormone, urinary tract, kidney, heart and the most interesting sudah pastilah pasal reproduction dan subjek ni lah baru semua students science stream concentrate bagai. Hampeh!
Ape silap saya dulu? Nak jawapan jujur? But no offense k. Pertama semasa di sekolah, kami semua belajar subjek Bio di dalam Lab. 1 meja lab ade la dalam 4 orang. Manakala guru yg mengajar berada dihadapan. Hanya menekan butang next yang terpampang di skrin sambil berkata "Hah! ni salin. Dari sini sampai sini" sambil menggerakgerakkan mouse. Kesilapannya adalah, penjelasan yg disampaikan oleh guru tersebut kurang. Kurang menarik, kurang cerita, kurang segalagalanya. Apa yg disampaikan pown x tersampai. Kami belajar hanya melalui gamba dan video yg disediakan oleh pihak kerajaan. Di tuition pula tiada slide. Yg ada hanya whiteboard putih yg kosong dan sebentar lagi akan dipenuhi dgn dakwat marker. Lebih berkesan! Penyampaian teros tanpa rujukan manamana slide. Tetapi berbeza di matrikulasi. Tetap cara yg sama belajar melalui slide, tapi cara penyampaiannya lebih berkesan! Tulus. Ikhlas. Jadi salah siapa?
Saya rasa, cikgu merupakan tunggak utama kejayaan pelajar selain daripada diri pelajar itu sendiri. Buktinya, saya dari tidak minat subjek itu bertukar menjadi minat sejurus masuk ke alam matrikulasi. Sekiranya guru pandai mengajar, tidak mustahil pelajar akan lebih fokus dalam pembelajaran. Tapi, guruguru juga tertekan dengan syllabus kan? Oke. Salahkan kerajaan ke? Hahaha. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
Yg kedua, semua pelajar sekolah terkejarkejar untuk habiskan syllabus. Bukan matlamat nak jadikan pelajar lebih pandai, tetapi matlamat sudah tukar kepada lumba syllabus. Kasihan para guru. :( Saya faham cikgu! Chaiyokk!! Maka, ready set go! Kejar syllabus tu! Jangan biar dia terlepas. Walhal, bab dalam buku text siket je kan? Eh ye ke? Lupelupe.
Yg ketiga, perasan x cikgu selalu xde. Ade yg cuti bersalin, pergi kursus, cuticuti Malaysia. Kelas pulak terkontangkanting tiada guru ganti. Selalu. Betol. Masa tu memang seronok habis la cikgu x datang. Hooraayyy! Boleh wat port kedai kopi. Lagi satu, masa saya Form 5 dulu selalu cikgu ditukar ganti. Geram sangat! Lepas tu dapat cikgu praktikal pulak. Apa lagi, memang semua x puas hati la sebab SPM entah berapa hari je lagi, bagi pulak cikgu yg kurang pengalaman mengajar. Sedih! Bukan nak rendahkan cikgu praktikal, tapi apa lah salahnya bagi guru yg ade pengalaman mengajar pelajar SPM. Tukar lah dengan guru lain. (wah! memandai je kau. Ingat kau tu pengetua ke?)
Yg keempat, macam xde idea je dah. Baiklah, disini apa yg saya nyatakan diatas bukan untuk memburukkan sesiapa lagilagi guruguru yg mengajar disekolah saya tetapi untuk menyampaikan maklumat penting yg sering dianggap ringan. Perkara tu kecil je, tapi impaknya besar. Yg sedihnya, pelajar yg sedar semua tu tapi apakan daya pelajar tiada kuasa. Sekolah kekurangan guru. (Nape kekurangan eyh? Sebab asal tny je keje ape, mesti jawab cikgu. Even dalam family ayah pown ade 4 orang jadi cikgu) Hah! Banyak sekolah kot kat Malaysia nih.
Lagi satu pasal pemansuhan ppsmi (betol ke eja nih) saya sangat tidak setuju. Nasib baek saya sempat habiskan moment english in science and maths. Hehe. Well,Bahasa Malaysia sangat penting, tetapi ada cara lain untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. English sangat penting untuk science dan maths. Tanya saja pada semua pelajar sekolah kolej atau uni, majoritnya x setuju dengan pemansuhan ini. Mainan politik kew? Entah la. Saya x arif. Hehehe.
Panjang dah merepek.Wokeyh. g2g! Sleepy head! Nytez!
No comments:
Post a Comment