Assalamualaikum
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, ketemu juga masa untuk update blog memandangkan sekarang komitmen banyak dengan benda lain sampai blog terabai. Minggu ni minggu ke-3 kuliah, juga masih minggu hectic di KTDI. Baru je pagi tadi bercross campus satu UPM dan malam ni ada dinner sekretariat menunggu. Takpe, boleh abaikan ceritacerita basi yang lain yang aku kompem top story dalam blog aku ni yakni busy di kolej. Haihh. -.-''
Bersyukur juga ke hadrat ilahi dalam usia yang muda ni aku dah berpeluang melihat negara orang. Jadi ini adalah pengalaman kedua aku menaiki penerbangan antarabangsa. Kalau dulu negara serumpun kita, Indonesia. Sekarang aku berpeluang ke Beijing, China. Bagi mengurangkan bajet perbelanjaan so call berjimat cermat la jugak, kitorang semua pilih Air Asia X. Alhamdulillah dapat cari harga paling murah masa tu. Remember, I am a student okay. Passport aku pun tak expired lagi, so cut bajet lagi. Hihihi.
Jadi, perjalanan dari Malaysia ke Beijing mengambil masa selama 6 jam. Flight kitorang take off around 7 pm dan landing dekat Beijing around pukul 2 am macam tu lah. Sampai je dekat airport, most of us pergi melawat toilet dia dulu. Nak tengok tahap kebersihan lah konon sebab sebelum pergi Beijing masingmasing dah buat research pasal beijing and the major problem untuk kita, orang Malaysia adalah toilet di Beijing takde air. And yes that is so true dear dan hancing juga. If you know what I mean. Major problem!
Airport dia panas, sweating alot jugak lah siap berkipas bagai, bajet Malaysia bukan negara panas dan lembap. Hahaha. So expect dekat luar cuaca pagi dia macam Malaysia lah kan. Tapi bila keluar je dari airport, angin sejuk terus sentuh kulit muka menggigil jugak la. Terkejut terkejut kitorang sangat masa tu. Ouh, kitorang pergi Beijing ni pun masa musim awal autumn, so takde lah sejuk sangat. Tapi, for your info China ni suhu dia boleh bertukar dengan drastik. Maka sebab itu lah malam kitorang sampai ni cuaca dia perghh sejuk sangat.
Dan menaiki bas menuju ke Jin Hui International Business Conference Hotel. Sambil sambil tu tengok perbezaan jalan raya dekat Beijing. Bersih dan ramai pekerja membaiki jalan bekerja masa ni around 3 in the morning. Baiki jalan dan bersihkan jalan. Dan jalan dia besar dan seat pemandu dia belah kiri. Hikhik, harap tak tersalah masuk pintu bas. Kat Malaysia kan pintu bas side kiri, Beijing side kanan okay. Olraito, dah nak maghrib. Will continue the part 2 later. Nak kena siapsiap pergi dinner pulak. Assalamualaikum!!!
Tips #1: Toilet
Sangatlah disarankan untuk membawa wet wipe kalau ke Beijing. Tapi kalau nak lagi best, bawak botol kosong prepare dalam handbag. Lagi masyuk kalau nak buat bisnes. Hahahaha! Buang air besar seelok-eloknya dekat hotel bagi mengurangkan komplikasi semasa berjalanjalan sekitar Beijing.
No comments:
Post a Comment